Assalamulaikum.. winkwinkkk..
Morningggg..hari ni mood kerja dengan penuh rahmat..Alhamdulillah (walaupun punch merah heee..)
Kenape tajuk tu Australia?? hmmm..mesti la ade crite.
Ok..last friday on 8.2.2013 sepatutnya aku dan hubby dah fly ke Australia for our second honeymoon..konon lah kannn..
Our preparation was doing well..cuti aku dah approved..hubby pun xde kes.memamg cun schedule kami.
Flight kami was at 8pm pada Jumaat malam Sabtu tu.Sehari sebelum tu aku dah kemas2 baju masuk dalam luggage dan semua siap teratur kecuali ade la certain thing yang belum beres lagi such as buku2 yang nak di bawak vacation skali..alaaa tu kejap je.
Tetiba malam tu hubby bagitau yang dia dapat surat dan ada kes di Mahkamah Rayuan..petang pulak tu.Tau la kan petang Jumaat kes start pukul 3pm *kerajaan kan rehat lama if hari Rahmat Jumaat tu* so nak tak nak kena la mengadap jugak.Hubby kata sekejap je sebab ni cuma dengar keputusan.Keputusan la sangat :p
Aku pun keje la Jumaat tu dengan penuh dedikasi sebab flight kan malam so ingat amik half day pun ok.
Kira2 dalam pukul 4pm cenggitu aku nak bla la kan..tunggu2 hubby tak whatsapp aku pun..aku pun whatsapp la dia kata cane kes da selesai ke belum..dia kata 'belum la..kes abang belum start lagik..sayang balik dulu naik taxi and tunggu kat rumah lepas tu kita shot p KLIA"...
aku tak la jadi half day terus je balik punch pukul 5pm tu and then called taxi sampai rumah kemas apa yang berbaki and waiting my hubby come back home.
Truttt..truttttt...telefon berbunyiiiiiii (wonderpet punya lagu daaaa)
"hello abg kat mana dah.."
"10 minit lagi abg sampai.."
Wahhhhh.. teruja tapi jam dah dekat 6pm..wattaaaa???
Dalam hati sempat ke ni Ya Allahhhh...permudahkan la urusan kami.
Hubby pun sampai mandi siap semua and dalam 6.15pm kami gerak dengan harapan tak de la apa2 aral lagi..
Jammed sapu kaya inti kelapa semua ade nak otw ke highway elite tu..
Hati mula gundah gulana terkesima..menghitung detik wa cakap lu...sempat ke tak sempat...lepas je tol elite nak ke KLIA tu terus pecut.Bukan tak biasa jadi co-pilot yang berwawasan tinggi siap bagi arahan cilok mencilok ni.
Memang kami berjaya sampai ke KLIA dengan selamat..syukur Alhamdulillah..tapi jam da dekat pukul 7pm..cari parking lagi.Kami kena park keta kat aras 4 untuk tinggal lebih dari 3 hari.waaaweeee..pusing2 park sampai peningg..ok da jumpa park dah.
Lariiiii..pegi ke departure hall..aku nampak hubby p shelf check in..laaaa belum check in lagi ke..seingat aku kata malam sebelum tu dia nak check in kat internet.Nak marah pun tak guna :(
Shelf Check In tak terima..kena daftar kat kaunter.Lari lagi cari kaunter..bahagian C..
Sorang mamat konon macho jaga kaunter tu dengan nafas separuh ni kami cakap nak check in sebab flight pukul 8pm ni..budak tu tengok jam da 7.30pm..siap buat muka dengan bunyik2 tak sedap di dengar telinga kami..so terima je...at least dia ada hati nak tolong kami jugak.Cek details kami bagai and then dia tengok luggage kami besar dah tak boleh masuk kargo sebab dah closed..even luggage utk cabin pun da tak boleh masuk..pendek cerita memang dah tutup semua sistem.
Budak tu nasihat kami tukar flight tapi duittttt lagi tu..mmmmmm
Aku diam dan hubby pun mmg orangnya jenis cool..so dia kata "sayang mmg kita tak de rezeki nak p Aussie..kita p lain kali ye..we will scedule another date..kita plan..tapi Allah yang tahu segalanya"
"It's Ok abang..takde rezeki..mungkin ade hikmah di sebalik ni kan"
Kami pun p la ke kaunter tiket sebab nak bagitau yang kami missed flight and duit boleh dapat balik..Alhamdulillah cuma kena potong utk charged damages dalam RM900 so dapat la balik duit kami RM3800 tak silap.
Sementara nak tunggu turn kaunter tiket tu..tak habis2 hubby macam pujuk aku la..sbb aku mmg tak pandai sorok muka sedih..dah nak jatuh gak airmata tapi sempat tahan tu..huhuuuu..ego.
"Sayang dah makan?"
"Belum." sepatah je.muka sedih :(
"Patut la sayang abg ni masam.. lapar ye..p la dulu makan kat mana2 nanti selesai ni abg p carik syang"
"ok.." aku pun cari la kedai makan..
Makan la kat secret recipe..
Tak lama tu hubby datang and dinner sama..
Mood aku ceria hokeyyyy.. heheheeee.
Ye la barang yang lepas jangan di kenang.
Borak dengan hubby gelak2 kutuk2..semua ade..ceria balik..
Nak marah2 pun tak guna..dalam keadaan macam ni kita kena ada tahap kesabaran yang tinggi..
Nak tuduh menuduh bukan jalan penyelesaian..
Redha sudahhhh..angggap je ni dugaan dan ade hikmah.Mungkin Allah tengah prepare utk satu percutian yang lebih baik utk kami..be positive dan baik sangka dengan Allah dan suami ye..malah baik sangka dengan diri sendiri juga :)
Hmmm..so perut kenyang..hati dah senang..kami p shopping2 kat KLIA dapat la jubah jeans beli kat satu butik ni.Santikkkkk sangattttt la ..terima kasih abang..
Kami balik dengan hati yang tenang dan gurauan yang lucu2 gitu...awwww...
Dan...begitulah kisah Australia..aku tak datang! dengan pelakon terhangat Mazwinlisa Surihramram dan Tomoko Jack Sparrow...
P/S- Untuk kawan2 kat luar sana..percayalah sesuatu yang Allah tak tunaikan walaupun kita doa banyak kali jangan di duka..teruskan kerana hidup ini sementara dan perlu di nikmati dengan penuh kasih sayang dan redha.Baik sangka dengan Allah ye :) Jangan mengomel2 tak tentu pasal..rezeki pun makin jauh nanti.Terima hakikat kekurangan dan kelebihan pasangan kita..jangan panjangkan cerita..tutup buku buka cerita baru.Ingat tu.In shaa Allah selagi belum kiamat ade masa utk kita vacation puas2 jejak bumi Allah.Semoga Allah beri rahmat atas apa yang terjadi dan lindungi kita dari api neraka.
And for my husband---> u such a wonderful hero in my heart..Alhamdulillah.
Kerana aku adalah Mazwynn..learn from mistake..finding right path..
xxx
No comments:
Post a Comment