Tuesday, 5 May 2015

Nak Menulis ke? Atau nak jadi Penulis???

Assalamualaikum.

It's been awhile i'm not open this blog. Dah bersawang ibarat nukilan blogger sekarang. Well, tak ada ape cerita nak di kongsi, nak di tulis walaupun hakikat cerita dalam kehidupan itu sentiasa bising berderap-derap ada. Dah nama hidup kan. Mesti ada pelbagai ragam cerita menarik. Kita bukan robot. Cuma ana yang tak nak menulis. Malas untuk mengetik papan kekunci laptop nih! Kemain ko mengetik papan kekunci lagiii hahhahaa. Baru drama katanyer....

Ana tengah berfikir. Ana lah ye, saya guna kata ganti nama sebagai 'ana' iaitu sama maksud dengan saya. Tapi untuk entri ni je la. Maklum la dah nama pelupa. Esok guna pulak kata ganti nama "saya" atau "aku". Ehhhh rasa 'ana' paling meletop topp toppp kot, Ape pun harus perkara-perkara ini seiring kerana Allah. Bahasa Allah yang cipta. Dah cukup membebel perkara tak penting.

Sambung semula.

Ana tengah berfikir dan sehabis fikir diiringi doa-doa kepada Allah untuk Ana menulis blog dan menghidupkan blog Ana dengan membangunkan kerajaan-kerajaan kecil nukilan-nukilan hasil dari buah fikiran Ana yang Allah bagi. Tapi Ana bukan hebat menulis dan Ana mau mencuba saja. Saja suka-suka hati Ana. Tapi Ana mau berkongsi perkara-perkara yang berfaedah untuk pembaca dan Ana bagi mendapatkan sama-sama keredhaan Allah. Kita mau berkongsi cerita apa pun perlu digarap melalui tulisan biar difikir-fikir dan ditapis-tapis dulu. Tidak mahu hentam keromo.

Dalam hal ini Ana akan berkongsi segala apa yang terjadi dalam hidup Ana tak kira dari resepi masakan, nasihat, riadah, hobi dll untuk semua.

Semoga kita semua beroleh manfaat dariNYA. Allahu.

Wallahu a'lam bishawab



~~ Cik Puan menggaru-garu dahi ~~